Matlamat Kami

Mengajak lebih ramai orang untuk sama-sama mengambil tahu tentang kisah sirah Rasulullah SAW dan para sahabat khususnya supaya dapat lebih mengetahui kepayahan dan kesusahan Baginda Nabi ketika berdakwah membawa risalah Islam bagi menerbitkan rasa cinta kasih sayang dan rindu terhadap Baginda .

Mahu menjadikan diri kami supaya dapat berubah menjadi yang lebih asbab kerana ibrah dari kisah-kisah sirah Rasulullah SAW dan secara tak langsung mengajak Anda semua untuk sama-sama berhijrah diri untuk ke arah yang lebih baik. InsyaAllah dengan izin-Nya.

Asbab mengambil ibrah dari kisah sirah Rasulullah SAW, dapat merapatkan saf sesama Umat Baginda dalam satu circle positif. Bagi Muslimat, turut disediakan ‘group private’ hanya untuk muslimat sahaja bagi memudahkan lagi proses penghijrahan dalam bentuk saling memberi semangat dan nasihat sesama sendiri untuk sama-sama berubah.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ٧

” Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. ” (Surah Muhammad ayat 7)

Dengan niat utama kerana Allah Taala, kami mahu menjadikan diri kami sebagai manusia yang dapat memberi sedikit bantuan walaupun sedikit cuma ke arah membantu agama Allah Taala.