Siapa Kami

Kami merupakan pencinta Rasulullah SAW yang berkumpul dan bergabung asbab kerana live Awadah_Hawa | Kakak Sirah di media sosial TikTok. Kekanda Hawa sudah bersiaran sejak tahun 2022 dan masih aktif bercerita kisah-kisah sirah Baginda Nabi melalui media sosial TikTok beliau sejak dulu hingga kini.

Atas izin Allah Taala, asbab permulaan perjuangan Kekanda Hawa membuat live siaran langsung di TikTok dengan menyampaikan kisah-kisah sirah Rasulullah SAW maka ianya berkembang hingga membentuk satu komuniti positif ke arah berhijrah diri.

Doakan kami untuk terus istiqomah dalam perjuangan mengangkat kisah-kisah sirah Rasulullah SAW ini. Kami juga amat mengalukan Anda semua untuk ikut sama memperbaiki diri untuk lebih mencintai Rasulullah SAW.

Jumpa Anda di live… @Kekanda_Hawa | Kakak Sirah