Circle Hijrah by Kakak Sirah
Assalamualaikum.. alhamdullilah sejak berada dalam group KSC Hijrati byk ilmu jue terima.. Mula mengenali dari live kanda awadah … Mendalami sirah … Lepas masuk group mendalami dalam bab solat , iqra , .. setiap hari dengan task iqra.. alhamdullilah semakin hari emosi stabil, saya dulu yang ada alami anxiety dan depression.. skrg pandai untuk kawal emosi.. dengan izin Allah swt ingin terus berada dengan sahabat2 KSC Hijrati….
Jue
Pulau Pinang
Assalamualaikum . Makyong Sal ni. Sejak mengikuti Hijrati dgn mendengar sirah Rasulullah serta sahabat dan sirah para anbiaya’ bnyk ilmu yang di perolehi. Air mata sentiasa mengalir bila mengenangkan bagaimana susah nya Rasulullah nak menyibarkan Islam . Di tentang oleh pihak kafir, dan munafik. Atas perjuangan Rasulullah tu lah Islam sampai kepada kita hari ini dan selama nya hingga qiamat. Sentiasa tertunggu kekanda ke udara. Bila hari jumaat terasa sunyi tak mendengar sirah dah suara manja kekanda kita..
MakYong Salmiah
Perlis
Assalamualaikum..saya Lina Sinaga seorang mualaf, berasal dari Indonesia, menetap di Selangor, mula join room live Awadah kakak sirah pada hujung tahun 2022, dan mula join member team room live kakak sirah pd January 2023.
Penyampaian secara santai, menjadikan lebih mudah untuk saya memahami kisah2 sirah, dan dapat mengambil ibrah dari kisah yg disampaikan, tidak membosankan, dan membuatkan saya addicted untuk lebih mengetahui kisah2 sirah Islam.
Sebagai seorang mualaf tidak banyak yg sy ketahui mengenai Sirah Islam sebelum saya active join live sirah kanda Awadah, sekarang ni Alhamdulillah banyak ilmu saya dapat mengenai sirah Islam, tidak hanya mengenai kisah2 Baginda Nabi Rasulullah SAW sahaja, akan tetapi kisah2 para sahabat sahabiah Rasulullah, kisah para Nabi, dan kisah Imam2 besar dn banyak lagi.
Selain itu saya juga menyertai group tertutup khusus wanita “Kakak Sirah Channel” untuk belajar lebih tentang Sholat, Wudhu, & Mandi wajib. belajar Iqro’ dan activity harian seperti mengaji dan zikir.
Lina Sinaga
Selangor
Kerana dia (Awadah_Hawa), aku kenal siapa itu susuk mulia bginda nbi muhammad saw, kerana dia aku dpt bljar ttng sirah islam yg sbnar, kerana dia aku dpt trus bertahan dgn hijrahku hingga ke arini..dan kerana dia aku di kelilingi oleh org² yg ingtkn aku dgn al Quran, dgn baginda nabi…terima kasih kanda Awadah hawa, terima kasih Hijrati, terima kasih kakak sirah channel (ksc) , teruskn perjuangan dlm dakwah wpn ramai yg mmbenci, aku ttap akn menjadi Umar mu (Kekanda Hawa) ….takbir.. Allahuakbar³
Lela
Melaka
Akak ni byk buat dosa..
x solat x ngaji x jaga aurat (bertudung tapi tak sempurna).
Imam senipis kulit bawang..mmg selalu rase nk berubah pastu buat blk perangai..dlm nk berubah tu jumpe live kanda mula tu saja masuk jer..tabiat mmg buat kerja nk de radio ke tv ke..tp masa tu akak tgk live org lain..bile live die dh hbs termasuk live kanda..esok nyer buka2 TikTok terus jumpe live kanda rase seronok plak..terus ler melekat..dari situ kalo dulu lame sgt gap nyer kalo dh hanyut sikit tuu..tp skrg hanyut jgk kekadang tp gap die kejap jeler..dh join KSC lagi rase seronok dpt mengaji walaupun akak kurang berbual sikit dalam group tu..tp akak suka de vibe positif.. bersyukur sangat Allah temukan akak ngn circle ni..terima kasih sangat kat semua yg terlibat..
Intan Farhana
Kuala Lumpur
Assalamualaikum k.wani asal perak,alhamdulillah smua nyer bermula dr live kanda *awadah hawa* terus diterima ke dalam family hijrati..sjk dlm family hijrati hari² zikir tanpa miss,dapat btulkn makhraj bacaan huruf² dalam iqra’,sblm dgn family hijrati solat masih boleh tangguh² kan tnpa da rasa bersalah🥹sibuk dengan hal dunia smpi Allah pggil utk beri msa skjap pun utk Allah dgr keluh kesah kita,untuk Allah dgr doa² kita,tapi msih bertangguh-tangguh,teruk n jahat nyer diri ni pada diri sendiri,skrg alhamdulillah solat dh boleh diawal waktu,sbb ada kwn² yg ingatkan..dapat pegang n baca Al-Quran hari² yang sblm ni teragak²,cakap nnt la..sibuk ni x da msa.byk sgt alasan. Allahuakbar 😭dulu sll tgok cite yg x berfaedah cam cite korea ka..skrg dh x rasa nk tgok smua tu…syukur ari² dpt dgr kisah sirah ttg Rasulullah,sahabat² baginda n kisah² nabi yg lain,ada yg beri tguran bab solat n fardhu ain,ada yang x jemu tarbiahkn diri ni bila diri ni hmpir lalai,k.wani rs syukur sgt² Allah temukan diri ni dgn family hijrati. tq pada kanda,mimi,k.lela,ibu,eyka n smua yg terlibat dlm family hijrati..semoga Allah permudah urusan kalian smua, semoga ikatan silaturrahim yg kita bina kekal hingga akhir hayat. 🫂🫂
Wani
Perak
Assalamualaikum
Mula2 terjumpa kat tiktok kanda Awadah dan rasa mcm mimpi jea sekarang dh jadi keluarga “kakak sirah channel” Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana Allah hadirkan circle y baik🤲🤲..sejak sertai group byk sgt ilmu y dapat contohnya dari segi bacaan..sejujurnya pertama kali saya kenal iqra apabila masuk KSC…macamana cara sebutan yang betul…setiap hari ada task zikir,iqra dan baca al quran setiap malam bersama. Ada juga perkongsian ilmu bab solat, wuduk, mandi wajib di hari weekend❤️…terima kasih kanda dan moderator sudi wujudkan group nie🥰…Jom dgr Kisah sirah dekat tt kanda Awadah…insyaAllah xmenyesal takut kena panah jea,🏹..melekat🤣
Azliana
Kuala Lumpur
Assalamualaikum. Terima kasih buat Kekanda Awadah dan shbt2 di Group KSC semua yg sentiasa menceriakan group dgn perbagai agenda2 yg menarik dan sesuai buat KSC. Alhamdulillah terima kasih kepada Allah Taala Yang Maha Berkuasa menemukan akak di KSC ..dpt juga ikut sekali membaca Al’Quran bersama2 . walau pun tidak semua aktiviti yg sempat akak ikuti tapi akan tetap terus memberi support pada KSC .. terima kasih byk sekali lagi atas jasa2 kanda dan bidadari2 di KSC . Semoga ukhwah Kita berpanjangan ke Syurga ..pepatah Imam Al Ghazali
Ukhwah bukan terletak indahnya pertemuan tetapi ingatan seorang sahabat kepada saudaranya di dalam doa .. Allahu’akbar 🥰😍
Azlina
Semenyih Selangor
Assalamualaikum ..
Sejak saya jumpa room kekanda Awadah,banyak belajar kisah sirah, dari rasa kosong..sekarang sentiasa merindui baginda Rasulluah s.a.w,
Kemudian KSC diadakan digroup kami belajar baiki solat..sama2 belajaq iqra dgn baik,,sama2 membaca al quran..indah sungguh perasaan bila berada dalam group KSC.
Salimah
Pulau Pinang
Assalamualaikum, terima kasih Kanda awadah izinkan Sy bersama dengan KSC, sejak join KSC ni hati Sy lebih tenang walaupun ada anxiety, kalau sbelum ni selalu pikir xguna bila keadaan sakit, tapi bila kenal circle dalam KSC Alhamdulillah Allah bg ketenangan tu,. Sebelum join KSC kalau sebut nabi Muhammad xde prasaan, tapi bila hari2 dengar sirah, kenal erti kepayahan nabi Muhammad… Allah…. Sedih jadi.. setiap Kali solat waktu tahiyat bila part sebut nama nabi Muhammad mesti akan sebak😭😭…. Sebelum Sy banyak bergantung harap dengan manusia, takut sangat kalau dibuang dengan manusia, tapi skrg tidak lagi, manusia boleh dtg dan pergi, semua hanya pinjaman Allah semata2, Sy berserah semua kepada Allah🤲Sy sayang kanda dan semua sahabat KSC kerana Allah Taala🥰🥰🥰🫂
Rohani
Terengganu
Assalamualaikum… Selama ni hanya melihat sahaja room sirah ni tanpa komen ape² dan hanya leka mendengar setiap inci cerita yang kanda Awadah sampaikan dari tahun 2023 lagi sehingga kan satu masa jadi terdetik untuk turut sama² dengan perjuangan menaikan room live Kakak Sirah tersebut. Alhamdulillah Allah izinkan dan ia banyak memberi 360° perubahan pada diri ini.. dan kini saya akan lebih untuk terus istiqamah dan jatuh cinta dengan room ini dan menjadi sebahagian keluarga kecil room kanda Awadah dan rasa tak jemu-jemu untuk terus mengikuti setiap live dan aktiviti² yang di sediakan di KSC channel… Syabas Kanda Awadah syabas KS Channel 🫰🏻
Mawar Hassan 🌹
Johor
Assalammualaikum..permulaan mula2 mencari tempat berhijrah sangat susah. bukan tak ada, ada , tapi.. entahlah ikut kata hati.. sampailah 1 masa . bertemu dengan TikTok live Kakak Sirah Kekanda Awadah. Dari situ mula jatuh hati dengan penceritaan sirahnya. Kisah perjalanan Nabi2 dan para sahabat Baginda. Dari situ jugak saya mula hadir setiap hari untuk mendengar dan mengenal apa itu sirah?.
Alhamdullilah. Rase seronok bila berada di tempat yg kita inginkan. Ditambah ada tubuhkan group nama di beri KSC. Lagi bertambah seronok dan semangat untuk belajar. kat situ ada byk Aktiviti .seperti buat task zikir, Iqra’,mengaji beramai2. ada kelas solat Wuduk dan macam2 lagi. Saya bersyukur kerana ALLAH SWT pertemukan saya dgn KSC, bertemu ngan sahabat2 buat sama2 aktiviti . Alhamdullilah. Terima kasih kanda Awadah, Asmimi, Ibu Ida dan shbt admin. 🫂
Suhana
Selangor